Kontroversi Abby Abadi Dalam Politik Abby_Abadi

Abby Abadi pasca-hijrah aktif bergiat dalam aktiviti politik dan dalam pada masa yang sama mendalami Islam. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog. Kenyataan beliau yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang."[3]

Gerakan Bersenjata Pemuda PAS Ke Gaza

Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan penyokong-penyokong PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza.Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112). Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka [4]

Isu-isu lain

Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, beliau mendapat banyak jemputan dari parti politik PAS ke majlis-majlis mereka. Itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah beliau menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi.Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama. Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya ya. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz.[5]

Pada awal tahun 2017, Abby Abadi telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyokong perjuangan Pakatan Harapan.